Wednesday, April 29, 2009

Selamat Datang


Saya ingin mengucapkankan Ribuan terima kasih kepada rakan yang membantu untuk menghasilkan blog ini. Dalam blog ini saya akan membincangkan tentang permasalahan remaja yang pada masa kini semakin membimbangkan ibarat telur di ujung tanduk. Saya sebagai golongan muda melihat aspek-aspek yang amat membimbangkan dalam konteks remaja pada masa kini. Dalam hal ini, masalah sosial remaja yang akan menyebabkan masalah pada negara pada masa akan datang akan semakin rumit jika tidak dibendung dengan lebih ketat.

Sehubungan dengan itu, antara masalah yang menjadi punca remaja melakukan gejala sosial ialah kurangnya perhatian daripada ibu bapa. pada masa kini ibu bapa yang terlalu sangat tumpukan kerja berbanding mengambil perhatian kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang mempunyai masalah tidak ada tempat untuk mengadu melainkan kepada rakan-rakan. Dan rakan-rakan ini lah yang akan menjadi punca mengapa remaja pada masa kini terlalu sangat bergaul dalam satu kumpulan yang tidak bermoral.

Saya tertarik pada pendapat Hamka yang ada menyatakan bahawa jika kita ingin mengetahui akhlak seseorang maka lihatlah dengan siapa mereka berkawan. Dalam konteks berkawan ini kita haruslah melihat bagaimana arah tuju kawan yang kita ingin jadikan teman itu. Jika kawan membawa kearah kebaikan kita akan berjaya, akan tetapi jika kawan membawa kearah kejahatan maka kita akan turut sama mengikuti jejak teman yang kurang moralnya.

oleh yang demikian, besarlah harapan kita sebagai generasi muda yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang agar terus maju kehadapan tanpa halangan. Remaja hanya sekali jadi jangan sia-siakan masa remaja yang tidak akan berulang pada masa akan datang.

2 comments:

  1. Semua atas diri sendiri...kuatkan iman gerenti tidak hanyut...selamat datang kedunia blog

    ReplyDelete
  2. Masalah Gejala sosial ini sebenarnya sama sahaja seperti masalah dadah..Amat dibenci masyarakat tapi itulah yang berleluasa. Kepincangan Akidah dan penguasaan nafsu pada diri membuatkan hal ini bertambah serius hari demi hari. Jikalau undang-undang malaysia ada memperuntukkan kesalahan gejala sosial ini akan dikenakan kanun keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dan sebat, nampaknya kerajaan perlu membina penjara sebesar Negeri Sembilan untuk menampung pesalah gejala sosial. Fikir2kan...

    Geng, selalu layari www.mykedurau.blogspot.com

    ReplyDelete